Sunday 12 April 2015

Autisme

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

     Autisme mula dikesan pada tahun 1943 oleh ahli psikiatri kanak-kanak Amerika, Leo Kanner di Pusat Perubatan John Hopkin. Ia terhasil melalui ujian yang beliau jalankan terhadap 11 orang kanak-kanak yang mempunyai masaalah sosial dan sering bersendirian selama beberapa tahun. Kanak-kanak ini didapati amat kurang senang dengan perubahan di sekeliling dan tidak berminat pada benda yang luar biasa. Namun, Leo turut mendapat juga bahawa kanak-kanak yang beliau istilahkan sebagai “autistic (autistic)” ini juga mempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kognitif yang baik.

Ciri-ciri :


=> Fizikalnya kelihatan amat normal. Memandangkan pada peringkat permulaan selepas lahir (bayi hingga ke umur 2 tahun), kanak-kanak tidak di harapkan untuk bercakap, maka adalah amat sukar untuk mengesannya dari awal.

=> Ibu bapa hanya mula mengesan keadaan ini apabila anak mereka berumur 4   tahun dan berkelakuan sedikit ganjil atau sukar untuk menyebut perkataan.

=> Dianggarkan 75% kanak-kanak autism mempunyai masalah keterencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius. Manakala, 25% daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak biasa yang lain.

=>Tidak memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi.

=>Mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain.

=> kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka.
       
=>Tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya.
   
=>Gemar melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala.

        =>Lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. 
Spektrum masalah autisme :

• Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami
  autisme.
• Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-
  kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat
• Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
–Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
–Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
–Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu).


                               
                                               Tanda-tanda Autisme

Tuesday 7 April 2015

Sindrom Down

Down Syndrome merupakan salah satu masalah kesihatan yang menyumbang kepada masalah perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Down Syndrome adalah kecelaruan genetik yang terkenal dan mengimpak kepada kerencatan akal kanak-kanak (Gargiulo M.R). Masalah ini berlaku akibat lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke-21 (Trisomi 21). Individu yang mengalami masalah ini akan menghadapi beberapa masalah dalam pembelajaran. Contohnya, kelewatan peningkatan motor halus dan kasar, mengalami masalah penglihatan dan pendengaran, mengalami masalah pertuturan dan bahasa dan bermasalah dalam mengeneralisasi, berfikir dan menaakul.



Definisi Sindrom Down
Istilah sindrom bermaksud tanda atau ciri dan down iaitu diambil sempena dengan nama seorang doktor dari British iaitu bernama Dr. John Langdon Down yang berjaya mengumpulkan kesemua tanda dan punca pada tahun 1866. Sindrom down ialah kecelaruan genetik yang menyebabkan kecacatan akal pada kanak-kanak. Selain itu, Sindrom down juga merupakan satu penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Ianya terjadi kerana terdapat tiga salinan kromosom 21 dalam satu sel yang biasanya hanya terdapat dua salinan pada kanak-kanak normal.

Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir ( kognitif ), tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran lagi. Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah. Menurut kajian, kebangkalian seseorang bayi Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 kelahiran daripada setiap 800 kelahiran.

Ciri-ciri Sindrom Down
Tanda-tanda dan gejala dari sindrom Down dapat bervariasi dari anak ke anak. Beberapa orang mungkin memiliki gejala yang parah, sementara yang lain mungkin mengalami yang lebih ringan. Ada sekitar 100 karakteristik diidentifikasi dari sindrom Down. Beberapa yang paling umum adalah sebagai berikut.Kanak-kanak Sindrom Down dapat dikesan melalui fizikal mereka iaitu mereka mempunyai rupa paras yang hampir sama, berhidung kemek dan pesek, lidah mereka kelihatan agak tebal dan kerap terjelir. Selain itu,mereka hanya terdapat satu garis pada telapak tangan mereka manakala jari kelingking tangan pula melengkung. Kedudukan jarak ibu jari kaki dengan kedua-dua belah kaki yang agak lebar dan tidak begitu teratur susunannya. 

Mata kanak-kanak sindrom down berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik pada kelopak mata dan sentiasa berair serta merah. Mata mereka juga kelihatan agak sepet kerana bahagian luarnya naik ke atas dan lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata. Kebanyakan kanak-kanak sindrom down mengalami terencat akal ringan iaitu pada tahap intelek ringan ( 50–70 ) atau sederhana ( 35–50 ). 

Beberapa ciri-ciri perubatan yang paling umum yang berkaita sindrom ini adalah Jantung bawahan cacat , Gangguan saluran cerna , Masalah pernafasan , Leukimia Peningkatan kelemahan terhadap jangkitan , Kelainan jantung adalah salah satu masalah perubatan yang paling serius yang dihadapi oleh individu dengan Sindrom Down . Anak - anak dengan sindrom Down mengalami masalah jantung progresif . Defek septum atrioventrikular adalah cacat jantung bawahan yang paling umum.Pengubatan dan pemeriksaan jantung seumur hidup yang umum pada anak - anak dengan sindrom Down . 

Punca-punca Sindrom Down

Sindrom Down adalah masalah genetik yang paling kerap berlaku iaitu pada kadar satu kes dalam setiap 800 kelahiran. Secara umumnya, Sindrom Down boleh disebabkan satu daripada tiga masalah genetik iaitu non-disjunction, translokasi atau mosaic.

Masalah non-disjunction (kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul dalam proses meiosis) berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab utama Sindrom Down (95 peratus daripada kelahiran bayi sindrom Down). Risiko ini meningkat disebabkan oleh faktor peningkatan umur seseorang wanita dengan kebarangkalian berlaku adalah satu kes dalam 800 kelahiran bagi wanita yang hamil ketika berusia 30 tahun. Risiko bertambah kepada 1 kes dalam setiap 100 kelahiran apabila wanita mengandung pada usia 40 tahun dan satu kes dalam 50 setiap kelahiran berlaku jika si ibu melebihi 45 tahun. Ia juga antara penyebab utama keguguran yang berlaku dalam trismeter yang pertama. Punca utama berlakunya kejadian itu tidak dapat dipastikan tambahan pula memang diketahui umum bapa yang menyumbang kepada kromosom berlebihan dan bukan ibu.

Lebih kurang 3 peratus masalah Sindrom Down disebabkan translokasi. Masalah translokasi biasanya terjadi di antara kromosom 14 dan 21. Bagi penyebab ini, ada kebarangkalian ibu bapa bayi Sindrom Down itu adalah pembawa genetik ini. Oleh itu, risiko mendapat bayi Sindrom Down adalah tinggi untuk kelahiran selanjutnya. Sebaik-baiknya ibu bapa menjalani ujian analisis kromosom jika ingin mempunyai anak lagi apabila penyebab Sindrom Down berkenaan membabitkan masalah translokasi genetik.Selebihnya, lebih kurang 2 peratus masalah Sindrom Down disebabkan mosaicism; iaitu bayi yang dilahirkan menunjukkan ciri-ciri Sindrom Down tetapi berkemungkinan mempunyai IQ normal.


















Ringkasan tentang pendidikan khas

PENDIDIKAN KHAS = >
                                     1) MASALAH PEMBELAJARAN.
                                     2) MASALAH PENGLIHATAN.
                                     3) MASALAH PENDENGARAN & PERTUTURAN.

Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah:

²  cacat fizikal teruk,
²  rencatan akal sederhana dan teruk,
²  pelbagai kecacatan, dan
²  kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

Ø  Sindrom Down,
Ø  Autisme ringan,
Ø  Attention Deficit Hyperaktif Disorder,
Ø  Terencat akal minimum, dan
Ø  Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)

Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:
ü Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
ü Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
ü Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

Deklarasi Antarabangsa :
u  United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
u  The World's Declaration on Education for All (1990).

u  The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).