Tuesday 7 April 2015

Ringkasan tentang pendidikan khas

PENDIDIKAN KHAS = >
                                     1) MASALAH PEMBELAJARAN.
                                     2) MASALAH PENGLIHATAN.
                                     3) MASALAH PENDENGARAN & PERTUTURAN.

Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah:

²  cacat fizikal teruk,
²  rencatan akal sederhana dan teruk,
²  pelbagai kecacatan, dan
²  kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggung jawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

Ø  Sindrom Down,
Ø  Autisme ringan,
Ø  Attention Deficit Hyperaktif Disorder,
Ø  Terencat akal minimum, dan
Ø  Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)

Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:
ü Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
ü Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
ü Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

Deklarasi Antarabangsa :
u  United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
u  The World's Declaration on Education for All (1990).

u  The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).