Sunday 12 April 2015

Autisme

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

     Autisme mula dikesan pada tahun 1943 oleh ahli psikiatri kanak-kanak Amerika, Leo Kanner di Pusat Perubatan John Hopkin. Ia terhasil melalui ujian yang beliau jalankan terhadap 11 orang kanak-kanak yang mempunyai masaalah sosial dan sering bersendirian selama beberapa tahun. Kanak-kanak ini didapati amat kurang senang dengan perubahan di sekeliling dan tidak berminat pada benda yang luar biasa. Namun, Leo turut mendapat juga bahawa kanak-kanak yang beliau istilahkan sebagai “autistic (autistic)” ini juga mempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kognitif yang baik.

Ciri-ciri :


=> Fizikalnya kelihatan amat normal. Memandangkan pada peringkat permulaan selepas lahir (bayi hingga ke umur 2 tahun), kanak-kanak tidak di harapkan untuk bercakap, maka adalah amat sukar untuk mengesannya dari awal.

=> Ibu bapa hanya mula mengesan keadaan ini apabila anak mereka berumur 4   tahun dan berkelakuan sedikit ganjil atau sukar untuk menyebut perkataan.

=> Dianggarkan 75% kanak-kanak autism mempunyai masalah keterencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius. Manakala, 25% daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak biasa yang lain.

=>Tidak memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi.

=>Mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain.

=> kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka.
       
=>Tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya.
   
=>Gemar melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala.

        =>Lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. 
Spektrum masalah autisme :

• Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami
  autisme.
• Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-
  kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat
• Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
–Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
–Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
–Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu).


                               
                                               Tanda-tanda Autisme

No comments:

Post a Comment