Wednesday 21 September 2016

Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas /contoh/

1.0  Pentaksiran dalam Pendidikan Khas.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.   Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

1.1  Tujuan Pentaksiran.
Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran bertujuan memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu, guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid, merangka intervensi yang sesuai, memilih strategi pengajaran yang tepat dan menempatkan murid sesuai mengikut tahap kebolehan masing-masing.  Manakala tujuan keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran.

2.0  Kemahiran Bahasa Lisan.
2.1  Definisi Bahasa Lisan.
 Bahasa lisan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulasi) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh murid, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik. Namun begitu, model yang baik itu sangat diperlukan kerana model tersebut mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik juga.
Dalam ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal ini demikian dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna guru bahasa mengajarkan penguasaan audio-lingual sahaja. Pernyataan di atas tadi memberi implikasi bahawa menghurai bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola bahasa seperti yang terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak lengkap dan tidak sempurna sifatnya.

2.2 Jenis masalah Bahasa lisan.
2.2.1 Membuang/meninggalkan (omission)
 Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut ’uah”, ”kering” disebut ”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; ”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
2.2.2 Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
2.2.3 Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.
2.2.4 Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya “buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut; ”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak.”
2.2.5 Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ; ”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

2.3 Punca yang mempengaruhi kemahiran Bahasa Lisan.
2.3.1 Umur. 
Umur seseorang dapat membezakan pertuturan. Murid-murid bertutur secara pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar dan butir-butir pertuturan dapat difahami dengan jelas.
2.3.2 Alam sekeliling.
Alam sekeliling atau sesebuah kawasan dapat mempengaruhi pertuturan seseorang individu ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai dialek kawasan masing-masing. Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
2.3.3 Fizikal.
Pertuturan biasanya terhasil daripada alat-alat vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati bahagian-bahagian ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik, maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. Kecacatan fizikal juga dapat mempengaruhi pertuturan sesorang.
2.3.4 Jantina
Jantina yang berbeza dapat mempengaruhi pertuturan. Lelaki kebiasaannya bertutur dengan suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur dengan sopan dan lemah lembut. Didapati kanak-kanak perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.
 Hal ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.
2.3.5 Kesihatan.
Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar. Jika seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka tidak jelas dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan . sebagai contoh, pesakit strok atau angin ahmar, mereka tidak dapat bertutur dengar lancar dan baik kerana kesihatan mereka amat lemah dan sukar untuk bercakap. Hal ini akan menyebabkabkan halangan dalam komunikasi.
2.3.6 Kecerdasan.
Kecerdasan pula melibatkan proses minda. Setiap orang mempunyai kecerdasan otak masing-masing. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui pertuturan mereka. Sesorang yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat yang bernas serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan betul.

2.4  Kesan masalah Bahasa Lisan.
Kesannya akan menyebabkan murid untuk ketidakbolehan mentafsir simbol (huruf/visual) untuk diterjemahkan sebagai ayat atau perkataan secara lisan. Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang rendah dan tidak matang dari segi emosi dan intelek. Mereka juga lemah daya ingatan dan gagap. Malah, mereka juga mempunyai gangguan pengamatan dan mudah hilang tumpuan. Murid-murid tidak dapat mendiskriminasikan bentuk, kedudukan, nama, sebutan dan turutan abjad dalam sepatah perkataan. Selain itu, murid-murid juga tidak dapat mengingatkan ciri-ciri dan atribut yang disebutkan di atas tadi untuk 26 abjad dan empat diagraf. Syarat-syarat yang dikenakan untuk membaca seperti melihat dari kiri ke kanan bercanggah dengan kebiasaan melihat dari kanan ke kiri.

3.0 Pembinaan Instrumen.
3.1 Kepentingan pentaksiran.
Antara kepentingan pentaksiran adalah mengesan keberkesanan pengajaran dan juga menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.  Selain itu. merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. Ia juga membantu untuk mengesan perkembangan murid secara menyeluruh dan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.  Malah, ia mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.   
Akhirnya, ia juga proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

3.1.1 Profil diri sasaran (Contoh)

Nama                                                        : Nurul Natasya bt. Muhammad Norhisyam.
Umur                                                         : 12 Tahun
Alamat                                                      : 548, Lorong Bukit Puteri 1/58, Bandar
               Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani,  kedah.
No I/c                                                        : 060901-13-1150
No OKU                                                     : LD 020513000023
No Tel                                                       : 019-8464927.
Sijil Kelahiran                                            : sk 298464
Masalah pembelajaran yang dihadapi       : lembab dan masalah pertuturan.

3.2 Instrumen Pentaksiran.
                        3.2.1 Rekod kekerapan.
SJKT Lasang Perbadanan.
NAMA GURU
Pn Annaletchumy
OPSYEN / GRED
Pendidikan Khas
SUBJEK / MASA
7.45-9.00
TARIKH
9/3/2015






1.         Selalu                         
2.         Tiada 


Bil
Jenis Tingkah Laku semasa aktiviti-aktiviti berkaitan Bahasa lisan dijalankan.
1
2
Jumlah

a)     Agresif



1
Membaling buku atau barang lain.
/


2
Mengoyang-goyangkan badan

./
2
3
Menonjolkan diri untuk menjawab soalan (menarik perhatian)
/



b)     Pasif



4
Mengasingkan diri

/

5
Berkhayal semasa bertanyakan soalan

/
1
6
Lambat dalam menjalankan tugas
/



c)     Masalah Emosi dan Tingkah Laku



7
Terlalu malu dan pendiam

/

8
Cemas
/

1
9
Kelihatan sugul

/


d)     Masalah Pembelajaran (kognitif)



10
Kurang daya ingatan
/


11
Tidak boleh menulis huruf sendiri

/
2
12
Tidak boleh membunyikan huruf sendiri
/


                     
          3.2.2 Rekod Anekdot.
Pemerhati                :  Komathi a/p Elangovan.
Tarikh pemerhatian :  7/9/2014
Masa pemerhatian  :  7.45 am – 9.00 am.
Nama pelajar           : Nurul Natasha BT. Mohamad.

Penerangan tentang kejadian :
            Natasha pada mulanya, keliru dengan abjad b dan d. dan dia juga terkeliru dengan kelima-lima bunyi tersebut. Contohnya, huruf  C dia membunyikan bunyi huruf a. Manakala untuk huruf a , dia membunyikan bunyi huruf d. Selepas mengajar Natasya huruf-huruf tersebut secara interaktif, iaitu dengan menggunakan perisian computer, Natasya menunjukkan minatnya terhadap bunyi-bunyi abjad tersebut dan dia juga berjaya menyatakan dengan betul aturan huruf-huruf tersebut dengan bunyi-bunyinya sekali. Selepas menagajar abjad, Natasya diberi latihan menulis abjad dengan membunyikan fonem huruf tersebut. Dia berjaya melakukan aktiviti tersebut, walaupun dia melakukan beberapa kesilapan kecil semasa pelaksanaan aktiviti itu.

Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :
            Lokasi yang digunakan untuk mengajar Natasya ialah kawasan persekitaraan luar bilik darjah(sunyi). Keadaan tersebut sesuai untuk Natasya fokus terhadap proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.

Nota, cadangan dan langkah:
            Pemilihan suasana pembelajaran memberi kesan kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Tandatangan: .........................................
                        (Komathi a/p Elangovan)

3.3 Cara yang digunakan untuk melaksanakan pentaksiran.
                        3.3.1 Pemerhatian.
Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, murid menunjukkan kekerapan agresif dan masalah pembelajaran kognitif dalam kemahiran Bahasa lisan. Manakala darisegi perbualan, terdapat kelemahan dalam menentukan fonem untuk huruf-huruf yang betul. Murid tersebut adakalanya terkeliru antara beberapa huruf, contohnya untuk huruf “a”, dia menunjukkan huruf “c”. Selain itu, murid tersebut dapat berjaya melaksanakan aktivti-aktiviti berkaitan kemahiran Bahasa lisan walaupun dia melakukan beberapa kesilapan kecil selepas mengajar huruf dan bunyi kepadanya.
                        3.3.2 Sampel Kerja.
Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Ia dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru membuat analisis sampel kerja. Murid tersebut pada awalnya mengahadapi kesukaran untuk membunyikan fonem yang betul untuk huruf yang betul. Selepas mengajarnya huruf dengan fonemnya melalui ICT, dia dapat mengingati dengan baik. Apabila diberi latihan sebagai langkah pengukuhan, dia berjaya melakukannya walaupun terdapat beberapa kesilapan kecil. Latihan pengukuhan tersebut dapatlah dijadikan sebagai sampel kerja kepada guru untuk membuat analisis terhadap kelmahan dan kelebihan murid.

3.4 Analisis Maklumat.
                        3.4.1 Min untuk boring kekerapan.

i. Untuk tingkah laku yang selalu dilakukan :  Jumlah kekerapan/Tingkah laku (selalu)
                                                                       = 12 / 6
                                                                       = 2
                                                              

ii. Untuk tingkah laku yang tidak dilakukan : Jumlah kekerapan / Tingkah laku (tidak)
                                                                     = 12 / 6
                                                                     = 2

3.4.2 Kelemahan murid.
Murid tersebut dapat memahami sesuatu pembelajaran jika ia diajar beberapa kali. Murid tersebut juga tidak dapat membaca dan membunyikan huruf a, b, c, d dan e apabila tidak mengikut urutan huruf-huruf tersebut kerana terkeliru dan melupakannya. Murid tersebut mengenal dan menyebut bunyi a, b, c, d, dan e apabila diberi urutan yang betul dan murid tersebut juga terkeliru apabila huruf-huruf tersebut tidak mengikut urutan. Selain itu, dia juga menyebutkan bunyi huruf sesuatu huruf itu untuk huruf yang lain. Contohnya, apabila tempat huruf a digantikan dengan huruf c, murid tersebut tetap membunyikan bunyi huruf a. Hal ini berterusan untuk huruf-huruf yang lain juga disebabkan murid tersebut menggunakan kaedah hafalan untuk mengingat posisi dan bunyi huruf tersebut.
                        3.4.3 Kelebihan murid.
       Murid tersebut juga dapat mengenali urutan huruf a, b, c, d, dan e itu dan juga dapat menyebut bunyi-bunyi huruf itu dengan betul apabila guru menunjukkan huruf-huruf itu.  Murid itu tidak mudah hilang tumpuan malah bekerjasama dengan gurunya sepanjang tempoh beliau melaksanakan pengajaran.  Malah, dengan mematuhi disiplin, murid tersebut juga sentiasa mengingati dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka. Murid tersebut juga suka jika menggunakan ICT untuk mengajar. Ia merupakan kaedah yang mudah dan senang diingati oleh murid tersebut.

4.0 Strategi dan Intervensi.
4.1 Strategi untuk Kemahiran Bahasa Lisan.
                        4.1.1 Pendekatan.
Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat jenis pendekatan iaitu:
i.              pendekatan induktif
Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu murid membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang diajar.
ii.             pendekatan deduktif
Pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.
iii.            pendekatan eklektik, dan
Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan .
iv.           pendekatan komunikatif
Murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi tertentu. Murid dilatih menggunakan bahasa dengan peraturan-peraturan yang betul termasuk juga kemahiran menggunakan bahasa mengikut konteks dan situasi.
                        4.1.2 Kaedah.
Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa lisan kepada murid di dalam bilik darjah. Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa adalah seperti kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah nahu terjemahan, dan sebagainya.
                        4.1.3 Teknik.
Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Antara teknik pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon, berbincang, sumbang saran, tunjuk cara, main peranan, soal jawab, dan sebagainya. Teknik pengajaran ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan teknik pengajaran yang dipilih.

4.2 Intervensi: Program Komunikasi dan Bahasa untuk Kemahiran Bahasa Lisan.
i. Matlamat dan objektif Intervensi :
1. Memastikan murid mengenal dan mengingat abjad huruf besar dan huruf kecil.
2. Membolehkan mereka mengenalpasti huruf secara lisan.
3. Membolehkan mereka fasih bertutur melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.
4. Membolehkan mereka berkomunikasi dengan fasih atau baik.

Langkah 1.0  Intervensi masalah artikulasi.  
 Mengenalkan huruf kepada murid dan menyebutkan bunyi huruf tersebut. Seterusnya, menggalakkan murid itu untuk menyebut balik bunyi huruf tersebut. Aktiviti ini diulang sehingga murid tersebut menangkap bentuk huruf dan bunyi huruf tersebut. Mengenalpasti huruf-huruf yang susah atau tidak dapat disebut oleh murid tersebut.
                         1.1 Mengenal abjad (Huruf Besar/Huruf Kecil).                               
          Kebiasaannya, amat sukar bagi murid berkeperluan khas untuk menenal abjad malahan mereka sering gagal untuk mengaitkan persamaan antara huruf besar dan huruf kecil. Bagi mereka huruf besar dan huruf kecil tiada perkaitan disebabkan oleh bentuk dan saiz tidak sama. Dalam pengajaran, guru akan meminta mereka menyebut abjad yang ditunjukkan secara tersusun berdasarkan kad abjad. Setiap kesalahan pelajar mereka akan direkodkan.
          Guru akan menggunakan huruf kecil kemudian apabila murid dikatakan pandai dalam mengenal huruf kecil, guru akan mengajar pelajar tersebut dengan huruf besar pula. Kemudian guru akan menggunakan bahan bantu mengajar dengan meminta murid menyatakan nama huruf yang di tunjukkan oleh kad abjad secara rawak.

A       h       j         i         w       Z      e       H          B       X       r        m      b
 
 

     Apabila murid berjaya mengenal abjad, ujian dengan menggunakan kad-kad abjad bergambar dilakukan. Setiap keputusan pencapaian direkodkan untuk dianalisa pada penilaian seterusnya.
                       
                     1.2  Mengenal Huruf dengan Bunyi
     Setiap murid mesti mengembangkan kefahaman mereka tentang huruf iaitu dengan melihat samada mereka mampu untuk mengenal huruf dengan bunyi mahupun tidak. Mengenal huruf ini amat perlu untuk diajar sejauh mana kefahaman mereka mengenai kaitan antara huruf dengan bunyi apabila sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.
      Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk penilaian ialah guru mnenunjukkan kad bergambar dan meyebut nama objek tersebut. Murid pula diminta untuk meneka huruf apakah bermula dengan bunyi tersebut. Sebagai contoh, apabila guru menyebut menunjukkan gambara ikan dan menyebut ‘ikan’ maka murid harus menunjukkan jawapannya ialah ‘i’ bukannya ‘e’.
     Jika guru mengemukakan 10 soalan dan murid hanya mampu menjawab kurang daripada 3 soalan maka, pencapaian murid ini masih lemah dalam mengaitkan hubungan atara huruf dengan bunyi.
                        1.3  Memahami Perkataan atau Ayat yang dibaca.
     Kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas boleh menyebut dan membaca ayat mahupun perkataan seperti kanak-kanak normal namun, mereka tidak memahami mahupun mengerti apakah maksud ayat atau perkataan yang disebut.
      Sebagai contoh, apabila guru menulis perkataan ‘ibu’, individu A yang berusia 12 tahun mampu untuk menyebut ibu namun apabila guru bertanya ‘siapakah nama ibu kamu?’ dia menidakkan dengan mengatakan ‘saya tiada ibu tapi saya ada emak’. Individu ini tidak faham bahawa ibu dan emak adalah sama ertinya iaitu seorang perempuan yang melahirkannya ke dunia ini.
       Selain itu, kefahaman ini juga diajar oleh guru dengan menyebut perkataan-perkataan yang mengandungi maksud yang sama dan murid diminta untuk menunjukkan gambar bersesuaian dengan perkataan yang disebut oleh guru.
Contoh:
i) itik   ii) ayam  

               Langkah 2.0 Terapi pertuturan
       Terapi ini dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal dan bukan verbal (bahasa isyarat). Antara langkah yang perlu diambil ialah:-
²  Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka. Dalam permainan ini, perkataan yang ingin diajar perlu ringkas dan diselitkan dengan gambar yang berwarna-warni
²  Sebelum bercakap dengan murid-murid ini, cuba dapatkan perhatian terlebih dahulu daripada mereka supaya interaksi dengan kanak-kanak teresbut berjalan lancar.
²  Untuk berkomunikasi dengan mereka gunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami.
²  Untuk membuatkan mereka lebih tertarik dengan komunikasi kita, sambil bertutur lakukan aksi atau lakonan yang boleh menghiburkan mereka
²  Dalam mengajar mereka  latihan yang berterusan perlu diterapkan agar nereka lebih mahir dan tidak mudah lupa
²  Pilih masa yang sesuai.
²  Dalam melaksanakan sesi pengajaran, pastikan tertumpu pada satu-satu perkara sahaja.
                     2.1 Alat-alat terapi yang biasanya digunakan.                             


§  Wisel atau peniup hari jadi : Meniup belon atau wisel serta peniup hari jadi.
§  Bola ping pong : Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air.
§  Straw : Meniup straw di dalam cawan yang berisi air atau menyedut air menggunakan  straw.
§  Lilin : Meniup lilin yang dinyalakan api.
§  Kertas : Meniup kertas di dalam air atau meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.
         Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka.
                   2.2 Cara pelaksanaan terapi pertuturan
Melakukan Latihan Senaman Muka :                                                               


             1.     Lidah
a. Gerakkan lidah ke atas dan ke bawah.
b. Gerakkan lidah ke kanan dan ke kiri.
              2.   Mulut
a. Buka mulut seluas mungkin dan tutup.
b. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
c. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.
                3.    Muka                                                                                          
a. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.
                4.    Kunyah
a. Kawalan pernafasan
²  Cara pernafasan menggunakan perut dan tarik nafas kemudian tahan dan hembus.
²  Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
²  Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw.
²  Tiup buih-buih atau tiup wisel mengikut rentak.
²  Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi

b. Kawalan suara
²  Letak tangan di hadapan mulut
²  Letak belakang tangan di bahagian leher
Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat/.                  
             
            Langkah 3.0 Terapi kumpulan
      Apabila tiba masa yang sesuai, individu yang mempunyai masalah bahasa lisan akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.
                   
                        3.1  Teknik Penceritaan.
             Guru juga mempunyai inisiatif untuk melakukan penilaian dalam bentuk ‘story telling competition’ yang disertai oleh setiap pelajar. Dalam pertandingan ini guru boleh menilai tahap pertuturan pelajar dan permasalahan pelajar dalam pertuturan. Pemerhatian dalam penilaian ini dicatatkan untuk merekodkan tahap pertuturan mahupun kepincangan pertuturan pelajar. Malahan, apabila guru menggunakan teknik penilaian formatif dan tidak formal ini, pelajar lebih berkeyakinan kerana pemikiran mereka bebas daripada dihantui dengan pemeriksaan.
        
                Langkah 4.0 Penilaian Komunikasi
              Apabila guru menjalankan penilaian komunikasi, secara tidak lansung, murid juga turut di uji dalam pencapaian pertuturan. Hal ini kerana apabila komunikasi, murid secara tidak lansung akan menyebut perkataan yang telah dibaca. Perkataan yang keluar dari mulut itu menyebabkan pelajar itu bertutur. Selain itu pertuturan itu juga boleh dimulakan dengan penggunaan huruf vokal, teknik penceritaan dan soalan kepada pelajar, dan juga penggunaan ajukan untuk perkataan kv, kvkv, kvk, dan seterusnya.
                        4.1 Pengenalan vokal dengan bunyi
               Vokal yang digunakan ialah ‘a, e, i, o, u’. guru akan menyebut bunyi vokal ini dan murid akan mengajuk bunyi yang di keluarkan oleh guru. Bagi murid yang berkeperluan khas, mereka kadang-kala mempunyai masalah dalam mengajuk bunyi ini lebib-lebih lagi bagi mereka yang menghadapi masalah pertuturan. Oleh itu, guru dapat mengesan pelajar ini daripada penilaian yang dilakukan.
                       4.2 Pengajaran sebutan  kv, kvkv, kvk, kvk+kvk dan seterusnya.
Dalam pengajaran, murid akan diajar dengan nama-nama huruf dan bunyi-bunyi pada setiap huruf terlebih dahulu. Apabila murid mampu menguasai huruf dan bunyi, pengenalan ejaan di ajar. Peringkat sebutan bermula dengan kv. Contohnya, ba, ci,cu, ce, ce, co. Kemudian peringkat sebutan ini di tambah menjadi kvkv dan seterusnya..Kemahiran murid dalam sebutan dinilai ketika mereka menyebut contoh yang diberikan oleh guru.
                       4.3 Kebolehan membentuk abjad
         Penilaian di buat ke atas murid ialah penulisan dalam membentuk abjad. Penilaian  di buat berdasarkan tulisan murid pada ujian apabila terdapat beberapa huruf yang di tulis tidak seperti yang di kehendaki seperti huruf ‘a’,  ‘p’ , ‘l’ , ‘k’ dan beberapa huruf lain. Mereka di katakan menghadapi masalah mengkoordinasi motor halus serta visual motor dan visual spatial iaitu masalah penggunaan huruf besar dan menjarakkan perkataan.  Penilaian juga melihat penambahan huruf yang salah serta kesalahan huruf secara fonologi. 
       
             Langkah 5.0 Intervensi Pengajaran Bahasa. 
                           5.1 Kaedah mengajar bahasa dalam situasi.          
Ramai murid sukar untuk mempelajari sesuatu dalam keadaan abstrak. Mereka perlukan situasi untuk menggambarkan perkara yang mereka pelajari. Oleh itu kaedah ini memerlukan guru untuk mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan supaya ia dapat membantu murid-murid memahami isi pelajaran dan seterusnya membantu mereka menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contohnya, guru mengadaptasi cara hidup kanak-kanak mengikut kesesuaian dalam pembelajaran. Jika kanak-kanak tersebut mendiami kawasan pedalaman, maka situasi membantu ayah di kebun sesuai digunakan. Jika anak-anak mendiamai kawasan bandar, situasi melancong bersama keluarga adalah sesuai digunakan.
                   5.2 Menggunakan teknik pengajaran yang khusus ketika memperkenalkan konsep baru.           
             Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus tahu untuk mempelbagaikan cara penyampaian agar para pelajar tidak bosan dengan pelajaran yang harus mereka kuasai terutamanya menguasai teknik-teknik baru. Pelbagai jenis kaedah pengajaran telah dipelopori oleh para pakar bahasa yang boleh digunakan. Namun demikian, guru masih boleh menggunakkan kaedah sendiri yang direka khas untuk mengajar para murid.                                                                                                                                    
    Contoh teknik pengajaran yang selalu digunakan ialah kaedah fonik dan VAKT. Teknik VAKT pula adalah kaedah pengajaran huruf yang memerlukan murid melihat huruf sebagai Visual, Auditori, Kinestetik dan Sentuhan. Teknik pembelajaran sedia ada ini juga boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian.
        Kesimpulannya, Program ini direka khas untuk kanak-kanak khas untuk memahirkan diri mereka dalam penguasan komunikasi dan bahasa. Komunikasi dan bahasa merupakan perkara yang sukar untuk mereka lakukan kerana mereka mempunyai fizikal lidah yang tebal. Dengan program ini mereka dapat menguasai abjad, jenis vokal, jenis konsonan, dan bunyi-bunyinya. Dengan ini, mereka bolehlah mengutarakan perkataan-perkataan yang lebih jelas dan lebih yakin daripada biasa. Ini akan mendorong mereka untuk berbahasa dengan lebih baik. Selain itu, komunikasi juga merupakan asas utama untuk bahasa. Sekiranya mereka berjaya menguasai komunikasi , bahasa tidak akan menjadi masalah untuk mereka untuk menguasainya. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama untuk melahirkan kanak-kanak Sindrom Down yang mahir dari segi komunikasi dan bahasa.

5.0 Penutup.
         Akhir sekali, guru-guru perlulah sentiasa menghadiri kursus-kursus untuk meningkatkan keprofesionalisme. Dengan itu, diharap guru terus bersemangat untuk meneruskan tugas dan peranan sebagai pendidik yang lebih berkualiti dan bertindak sebagai pemangkin satu transformasi pendidikan  supaya sistem pendidikan kita akan dapat memenuhi keperluan dan permintaan abad ini selaras dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang di dunia. Selain itu, pengetahuan tentang pentaksiran semata-mata adalah satu pembaziran sekiranya tidak diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran murid.      

No comments:

Post a Comment