Wednesday 21 September 2016

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas

Rancangan Pengajaran Harian.

Mata Pelajaran              : Bahasa Melayu

Kelas                              : Bakawali

Tarikh/Hari                      : 6.3.2016 / Ahad

Masa                               :  10.00 pg – 11.00pg (60 minit)

Bilangan Murid                : __/6 orang (lembam) TH :  1)
                                                                                       2)
                                                                                       3)

Tajuk                               : Suku kata KVKK.

Kemahiran                       : Lisan, bertutur,menulis.

Standard Kandungan      : 3.1 Membunyikan suku kata.

Standard Pembelajaran   : 3.1.1 Membunyikan suku kata KVKK.

Pengetahuan  Sedia ada : Murid pernah mempelajari suku kata KVK.

Hasil Pembelajaran          : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat ;
1)    mewarnakan 4 daripada 5 suku kata KVKK yang betul dengan menggunakan krayon secara individu.
2)    Memilih 4 daripada 5 suku kata KVKK dari carta KVKK secara individu.
3)    Mencari 4 daripada 5 suku kata KVKK dalam permainan ‘cari jalan keluar’ dengan betul secara individu.

KBKK                               : Membuat ramalan, meneliti dengan teliti, mengenal pasti.

Penyerapan Nilai             : Berani, taat pada arahan, berusaha.

Unsur Terapi                    : Terapi muzik, terapi seni visual, terapi pasir, terapi main, terapi
       pertuturan.

Resos (BBM)                    : Laptop, carta KVKK, benang, Permainan cari jalan keluar, pasir,
        warna air, putik kapas, bola ping pong, ganjaran, point board,
        kad mata.
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti PdP
Catatan


Set induksi
(5minit)

a.menonton video ‘suku kata KVKK’.


1. Murid menonton video mengenai suku kata KVKK.
2. Guru disoal jawab kepada murid mengenai suku kata KVKK.
Cadangan soalan :
a.    Apakah perkataan-perkataan yang anda lihat tadi?
b.    Anda rasa apakah yang kita akan belajar hari ini?
3. kemudian, guru memperkenalkan topik pada hari ini, iaitu suku kata KVKK.
Teknik Penggunaan ICT,soal jawab.
Nilai : Taat pada arahan
Resos : laptop
Terapi : Terapi musik.


Langkah 1
( 15 minit)

Mewarnakan suku kata :
a.membaca dan mengulang suku kata.
b.Mewarnakan suku kata.




1. Murid diperkenalkan dengan jenis suku kata KVKK dengan menggunakan kadbod.
2. Murid ditanyakan soalan berkaitan dengan suku kata KVKK yang ditunjukkan oleh guru.
3. Murid membaca dan mengulangkan suku kata KVKK sebanyak tiga kali dengan bimbingan guru.
4. Murid mengambil perhatian terhadap setiap setiap suku kata KVKK.
5. Kemudian, guru menerang dan memberikan aktiviti mewarnakan suku kata KVKK kepada murid.
6. Murid mewarnakan suku kata KVKK dengan menggunakan putik kapas dan warna air dengan bimbingan guru.
7. Murid menyebut suku kata KVKK yang  telah diwarnakan dengan betul dan jelas.
8. Guru memberikan kad mata kepada murid yang pandai mewarnakannya.

Teknik : Memadan.

Nilai : Berusaha, berani, taat pada arahan.

Resos : kertas warna, kad mata, point board, kadbod, warna air, putik kapas.

Terapi : Terapi pertuturan, terapi seni visual.


Langkah 2
(20 minit)

Memilih suku kata KVKK :
a.Memilih suku kata KVKK.
b.Menulis suku kata KVKK dalam pasir.


1. Guru memperkenalkan permainan carta KVKK dan cara perlaksanaannya kepada murid
2. Setiap murid diberikan dua peluang untuk membaling bola ping pong terhadap carta KVKK sehingga terkena dalam carta tersebut dengan bimbingan guru.
3. Kemudian, murid mengambil kad suku kata KVKK dari bahagian pola ping pong yang terkena balingan tadi.
4. Murid membaca suku kata KVKK yang diambil dan mengulangnya sebanyak tiga kali dengan bimbingan guru.
5. Selepas itu, murid menulis suku kata KVKK tersebut dalam pasir sambil mengeja dan menyebut dengan bimbingan guru.
6. Guru memberikan kad mata kepada murid yang pandai menulis dalam pasir.
7. KMD: Kepentingan mengenal dan membezakan jenis suku kata KVKK dalam kehidupan seharian.

Teknik : Memilih dan mewarna.

Nilai : Berusaha, berani, taat pada arahan.

Resos : Carta KVKK, kadbod, bola ping pong, kad mata.

Terapi : Terapi main, terapi pasir.

KMD


Langkah 3
(15 minit)

Penilaian : permainan ‘Cari Jalan Keluar’.
a. Mencari suku kata KVKK.


1. Murid diberikan permainan ‘cari jalan keluar’ dan guru menerangkan cara pelaksanaan permainan itu kepada murid.
2. Murid memerhati dan meneliti permainan tersebut.
3. Murid menggunakan benang untuk mencantumkan huruf-huruf suku kata KVKK yang dicari dengan tujuan mencari jalan keluar dalam permainan tersebut bersama-sama dengan bimbingan guru.
4. Murid membaca dan mengulang jawapan yang dicari sebanyak tiga kali dengan bimbingan guru.
5. Guru memberikan kad mata kepada murid yang berjaya mencari suku kata KVKK.
6. Guru menilai prestasi murid dengan jawapan yang dicari oleh mereka.

Teknik : Mencari.

Nilai : Berusaha, taat pada arahan

Resos : Permainan cari jalan keluar, benang.

Terapi : Terapi
Pertuturan.



Penutup
(5 minit)


Kognitif :
a.Lembaran kerja.









Sosial :

 
1. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang memperoleh mata yang tinggi.
2.Murid ditanyakan soalan mengenal kepentingan mengetahui jenis suku kata KVKK dalam kehidupan seharian.
3. Guru merumuskan isi pelajaran hari ini kepada murid dan ingatkan pelajaran yang akan datang kepada murid.
4.Murid diberikan lembaran kerja untuk disiapkan di rumah.

1.Murid menampal hasil yang telah dijawab dan diperbetulkan di buletin hasil kerja murid sebagai hiasan kelas.
2.PAS Kita menggunakan pelbagai jenis suku kata KVKK dalam kehidupan seharian.
Teknik : Bersoal jawab

Resos : Lembaran kerja, ganjaran.

PAS


No comments:

Post a Comment