Wednesday 21 September 2016

kolaborasi antara pelbagai pihak dan agensi dalam Pendidikan Khas

1. Guru Biasa

ØBagi sekolah yang mempunyai program integrasi sepatut tidak mengasingkan murid-murid
    berkeperluan khas dengan murid-murid biasa
ØGuru pendidikan khas harus memberi komitmen yang sepenuhnya kepada murid-murid 
   berkeperluan khas dan program pendidkan khas.
ØSeorang guru khas harus berfikiran secara kreatif, inovatif dan imaginatif supaya dapat 
    menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan perhatian.
ØGuru pendidikan khas juga perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu mengikut 
   kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran dengan 
   baik.
Økerjasama guru khas dengan program pendidikan arus perdana juga penting untuk 
   melancarkan perkembangan program pendidikan khas. Guru biasa (arus perdana) perlu 
   berkongsi pendapat dan tanggungjawab bersama guru pendidikan khas supaya objektif 
   pendidikan khas dapat dicapai.
ØGuru khas dan guru biasa boleh tukar-menukar bahan bantu mengajar supaya dapat 
    menjimatkan masa dan tenaga.
ØGuru biasa perlu mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan untuk murid-murid khas 
   supaya guru dapat mengenal dan memahami keperluan dan ciri mereka.ØGuru kelas 
   biasa perlu sedar terdapat di kalangan kanak-kanak normal yang mempunyai masalah 
    pembelajaran dan jangan meletakkan label ‘malasataupunbodohkepada murid.
ØGuru kelas biasa perlu merujuk kes yang disyaki kepada guru yang mempunyai latihan 
   dalam pendidikan khas (jika ada) kerana guru ini dapat mengenal pasti secara kasar 
   masalah yang dihadapi murid.
ØKanak-kanak yang baru memulakan persekolahan di tahun satu perlu disaring bagi 
   mengenal pasti masalah pembelajaran spesifik.

2. Agensi bukan Kerajaan / Pihak Swasta

i)             Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia (NASOM)
ii)            TASPUTRA PERKIM
iii)           NURY
iv)           Cleft Lip and Palate Association of Malaysia
v)            Yayasan Sindrom Down Kiwanis
vi)           Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB)
vii)          Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas
viii)         Malaysian Care
ix)           Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan       Wilayah Persekutuan 
              (YMCA)

3. Kementerian dan agensi Kerajan ( yang terlibat).

=> Kerajaan telah menggerakkan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan dan 
mengimplementasikan pelbagai program-program bagi membantu pelajar –pelajar 
yang bermasalah bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat 
menengah atas.

=> Di peringkat dunia, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah 
mengisytiharkan 2 April pada setiap tahun sebagai ‘Hari Autismesedunia bermula 
pada tahun 2008.

i)      Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dikendali oleh     Bahagian 
        Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
ii)     Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
ii)     Wisma Harapan dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyakat.

*Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Pendaftaran dan Kad Kenal Diri, Bantuan alat otortik
  Geran Pelancaran, Elaun Pekerja Cacat, Bengkel terlindung, Latihan Kemahiran Vokasional, Kemasukan ke 
  Institusi Pemulihan (Taman Sinar Harapan), Pemulihan dalam Komuniti. 
 
Jabatan Kebajikan Masyarakat : 
1.Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  memberi perkhidmatan kepada 
   warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta syarat-syarat yang 
   ditetapkan.
2.Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada mereka yang mendaftar dengan jabatan 
   ini sahaja.
3.Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya mereka 
   dapat berdikari. 
4.Jabatan ini mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk memudahkan 
   pengenalan .

Komuniti :
Komuniti : Guru,Pihak sekolah,Ibu bapa,pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

IBU BAPA :-
Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di 
rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya.

i. sebagai pemerhati sejak kecil yang menjadi maklumat penting untuk para 
profesional.
ii. mengambil peranan yang aktif dalam proses pendidikan terutamanya semasa 
peringkat prasekolah dimana ibu bapa boleh mendapatkan maklumat mengenai 
kemahiran pengurusan diri, pra-akademik, mobiliti dan komunikasi. 
iii.Ibu bapa juga membuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan 
pelajaransi anak, menghadiri mesyuarat, membuat keputusan, meneliti rancangan 
dan memeriksa rekod anaknya yang disimpan di sekolah.
iv. dengan latihan, ibu bapa dapat mengukuhkan pembelajaran yang pernah dipelajari 
oleh anak supaya diaplikasi di rumah.

Ibu bapa mempunyai peranan tersendiri dalam memenuhi kehendak kanak-kanak 
bermasalah pembelajaran. Antara peranan jelas yang dapat dimainkan oleh mereka 
adalah seperti berikut:
i. Ibu bapa sebagai penyelaras kehendak.
ii. Ibu bapa sebagai pendorong.
iii. Ibu bapa sebagai pemberi maklumat.

4. Pakar.
•Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan 
memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan 
mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut.Peranan 
pakar perubatan boleh dibahagikan seperti jadual di bawah.

Pakar Perubatan : 
Pediatrik
ØPediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-
   kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetic, 
   kewarisan,prenatal dan postnatal.

Neurologi
->Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang 
    berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal 
    hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat 
    Ritalin” untuk mengawal keaktifannya

Terapi pertuturan
*Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak 
 kanak. Terapi pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk 
 membantu kanak-kanak seperti gagap dan sumbing.


1 comment:

  1. The Orleans Casino Hotel - Mapyro
    The 당진 출장샵 Orleans Casino Hotel in 정읍 출장샵 New 파주 출장안마 Orleans offers a convenient location and an exciting gaming experience for the New Orleans 양산 출장샵 Address: 35.0 S. E. 대전광역 출장마사지 S.

    ReplyDelete